BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

27 May 2011

KISAH MAT REMPIT DAN LAMPU ISYARAT~~



pagi yg gelap kini sudah terang
bangun dari lelap terus membuang.. hahaha

semuanya bermula disini.. (versi novel)
kedengaran enjin nouvo dihidupkan memecah keheningan di pagi jumaat yg mulia.. kelihatan seorang gadis berbaju kurung moden biru terkial2 menaiki motosikal tersebut akibat kain yg susun belakang yang agak sempit.

"aduh. susah plak nk naik ni... 2la pkai lagi baju ni.. kn da susah nk naik.. jgn aku jatuh tgh jalan dahla.." bisik gadis tersebut di dalam hati.

kemudian, nouvo hitam tersebut meninggalkan perkarangan rumah teres milik kakak gadis itu untuk ke tempat praktikalnya. gadis itu seorang pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda perakaunan di UiTM jengka yang dalam tempoh praktikal selama 6 bulan di B.J.Tan & co, salah sebuah audit firm dikuantan.. sesekali gadis itu memandang ke arah langit kerana bimbang hujan di tgh jalan.
perjalannya ke tempat kerja mengambil masa lebih kurang 15 minit.. semasa menuruni jalan berbukit tidak jauh dari rumahnya lampu isyarat telah bertukar merah.

"arghh... x sempat aku nk kejar traffic light ni."

motosikal di berhentikan di atas garisan putih. dia tahu bahawa dia perlu berhenti di belakang garisan putih tetapi dia selalu tidak mematuhi peraturan jalan raya itu kerana baginya motosikal x perlu berhenti di belakang garisan putih..
tiba2 kelihatan sekumpulan pemuda yg menaiki motosikal rxz turut berhenti bersebelahan dgn gadis tersebut.. salah sebuah motosikal pemuda tersebut ditunda oleh rakan2nye kerana mengalami kerosakan. gadis itu hanya memerhati gelagat pemuda2 tersebut.
"ni mat2 rempit terengganu ni... tau la diorg cuti hari jumaat. merempit je kejenye. da la moto bising.. ntah2 x mandi lagi" gomelnye sendirian.

lmpu isyarat belum bertukar hijau geng2 mat rempit tersebut teros memecut laju. gadis itu turut memecut setelah lampu bertukar hijau. kerana mat2 rempit itu terpaksa menunda motosikal rakannya mereka tidak dpt memotong kenderaan yg laju itu.. gadis tersebut teros memotong geng2 mat rempit itu.. smpai di lampu isyarat ke2, lampu isyarat tersebut trut bertukar merah.. mmg x beri pluang kepada gadis itu untuk segera smpai ke pejabat.. gadis itu sekali lagi berhenti di tgh2 garisan putih... kemudian geng2 mat rempit mencelah di tgh2 kereta yg bersusun di hadapan lampu isyarat.. pemuda yg menunggang motosikal rosak itu berhenti di hadapan lampu isyrat. " bodo kO berenti bakpe " jerit salah seorg dr mat rempit itu dan terus menunda motosikal yg rosak itu diikuti rakan seperjuangan yg lain...
"dasar mat rempit cam2la.. suke langgar lmpu isyarat." kata gadis itu.

gadis itu kembali meneruskan perjalanan setelah lampu isyarat bertukar hijau. sampai di lampu isyarat ke tiga kelihatan traffic yg agak sesak, kereta berbaris panjang di kedua2 lorong... gadis itu seperti biasa mencelah di tgh2 kesesakan lalu lintas itu. kelihatan juga mat2 rempit itu trut mencelah. tetapi terkandas di bhgian tepi jalan kerana keadaan yg terlalu sempit. gadis itu berjaya mencelah sehingga di hadapan lampu isyarat.

"ade kereta rosak rupenye. patutla jalan jem..teror jga aku memotong. hahaha.. kalah mat rempit 2 seme" getus gadis itu smbil melihat seorg pakcik tua lingkungan 40an menolak keretanya. ingin membantu dia perempuan dan ingin segera ke pejabat. di biarkan pakcik itu sendirian.

lampu telah bertukar hijau. gadis itu mula memecut smbil memerhatikan cermin sisi motosikalnye. kelihatan mat2 rempit itu berhenti di belakang kereta rosak tersebut. mereka turut membantu pakcik tua itu menolak keretanye. gadis itu tersenyum sendirian.

"bagusnye mat2 rempit ni... camni baru aku syg diorg.. ni baru mat rempit sejati. walaupun langgar peraturan tetapi tetap ade sifat murni tu. " puji gadis itu lalu meninggalkn pakcik tua, mat2 rempit itu sehingga tidak kelihatan di pandangan..

bgitula kisah mat rempit yg di alami oleh gadis itu... moral of the story jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga..

1 comment:

josephtan1818 said...

aku naik motor scrambler besar tetapi aku xde penggalaman untuk berlumba selain main off-road dan mengendalikan penumpang seberat 80+kg, aku pun boleh perlahankan motor sehingga hampir berhenti tanpa brek, ini dilakukan dekat jarak yg jauh

want to see my photo gallery?

want to see my photo gallery?
tekan je gambar atas ni..

Maxis contest participant badge