BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

07 June 2011

SAYA NAK RASA BIBIR PEREMPUAN~~~

Gelak ketawa izan, jannah, farah dan liana di dalam kereta wira hijau milik farah menghilangkan kebosanan farah untuk memandu ke bandar jengka. mereka bertolak dari kuantan pada jam 12.30 tghari. perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah jika melalui kuala sentul atau nama glamournya sri marathandavar bersempena nama kuil india yg terletak di laluan itu. pelbagai cerita dikongsi, dari bab praktikal hinggalah ke bab rumah tangga kerana farah sudah pun menjadi tunangan org dan bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan mac tahun hadapan. mereka tiba di bandar jenka pada jam 2petang.. tempat pertama yang di tujui adalah kedai citarasa (kak nor) yang menjual pelbagai jnis ikan bakar yg sedap2. dulu itulah kedai yg sering menjadi persinggahan pelajar2 perempuan ijazah sarjana muda perakaunan untuk makan tengah ari. mkanan yg sedap pada harga berpatutan mmg menjadi pilihan pelajar non resident.
selesai makan, mereka teros menuju ke UiTM PAHANG bagi menunaikan misi utama iaitu untuk menghantar report. setelah meletakkan kereta di tempat letak kereta berhampiran pondok pak guard, mereka pun menuju kearah bangunan HEA untuk menemani jannah untuk mengambil sijil. kebetulan pada ketika itu wan mohd zikri, teman izan yang menjaga kaunter. tetapi izan, farah dan liana tidak masuk kerana keadaan yg agak sesak di dalam dan kaunter yg agak smpit.. wan mohd zikri hanya melemparkan senyuman kepada izan apabila melihat kehadirannya di situ.
"izan, member ko tanye xnk masuk ke" kata jannah setelah keluar dr bilik hea itu.
"xpelah.. lain kali la.. " kata izan smbil melambai wan mohd zikri lalu berlalu ke arah library bersama2 jannah, farah, dan liana. tujuan mereka ke library adalah untuk mencetak report yang dikirim diyana, rakan mereka yang tidak dpt ikut serta kerana kerja. jannah juga ingin mencetak reportnya di situ. jannah dan liana bergegas ke dalam library, farah pula ke masjid bg menunaikan solat dan merehatkan diri akibat terlalu penat memandu.
tinggallah izan keseorangan di luar library. izan menuju ke arah kerusi batu di hadapan library. sambil menanti izan mendail no adiknya yg turut belajar di universiti yang sama. dia ingin mengirim barang kepada adiknya.
"tut.. tut. tut..." telefon tidak diangkat.
"ade kelas kot" ngomel izan di dalam hati. izan melihat gelagat2 pelajar diploma smbil menanti jannah dan liana selesai print. sedang asyik melihat gelagat pelajar2 disitu, seorg pelajar lelaki berseluar slack yang di lipat di bhgian kaki dan berbaju kemeja polos licin berwarna biru cair serta rambutnye disikat ke belakanag menghmpiri izan tetapi berdiri jauh beberapa meter dari izan.. izan hanya membiar.. geli hati juga melihat cara pemakaian pelajar tersebut kerana nmpak terlalu baik. seperti pelajar nerd. kelihatan pelajar lelaki tersebut agak gelisah, kejap2 memandang telefon, kemudian mundar mandir di hadapan izan. rimas pula rasanya.
" ade nmpak dak sains x?" tanya pelajar lelaki tersebut.
"ermmm xde plak. " jawab izan. keadaan kembali sunyi.
"tau x nk g kerdau macammana, saya ade kereta cuma tak tahu jalan?" pelajar tersebut kembali bersuara.
"tw, dekat area2 temerloh jgalah. klau lalu jerantut pun boleh tp takot tak tau jalan plak.. lagi senang ikot temerloh." terang izan.
"awk tunggu sapa?"
"tunggu member tgh print kt dalam"
"course ape?"
"degree akaun, saje je datang antar report"
"ooo, umur brape?"
"23"
"saya 21."
"ooo, part brape?" izan kembali bertanya kerana melihat keramahan pelajar tersebut.
"part 2, tp da 21tahun. akak datang dr mane?"
"kuantan, jap lagi balikla."
"balik kuantan la ea. ngan kawan2 ye." pelajar lelaki tersebut masih berdiri tidak jauh dari kerusi yang diduduki oleh izan. mereka bersoal jawab di situ sambil di perhatikan oleh pelajar2 yang lalu lalang di situ.
"akak teman saya g kerdau boleh? saya x tahu jalan." kata pelajar lelaki itu.
"x bolehla dik, akak nk cepat. nk kena hantar report. lagipun nk balik kuantan." balas izan
"ala kak bolehla. kejap je. sy nk kena g sne." lelaki itu seperti memujuk.
" betol dik akk x dpt nk teman. ala senang je dik. keluar dr sini teros je ikot jlan ke temerloh." izan cube menolak. kesian jga. mungkin dia betol2 hendak pergi ke sana. ade amergency barangkali.
"ok2.. akak tunjuk smpai kat jengka 12 ke 19 ke pun xpe." lelaki itu teros memujuk.
izan mula rimas. dibiarkan soalan itu berlalu.
"akak jom g atas jap. kite jalan2 kat atas la cz kt sini ramai mpp. ramai kenal saya. saya pun selalu kt masjid. nanti ape plak kata diorg" usul pelajar itu smbil menunjuk kearah blok lecturer yang terletak di atas bukit berhampiran library. izan cube menolak tetapi die juga memikirkan kredit handphonenye juga sudah tiada. dia perlu pergi ke koperasi di dalam bangunan pensyarah itu.
"ok2.. akak pun nk g koperasi jap beli topup." mereka pun berjalan ke arah bangunan yang di perkatakan.
"akk jalan jauh skit ye, takot ape plak pelajar2 lain ckap. saya ni budak masjid jga" kata pelajar itu. jarak antara mereka bukanla dekat tetapi mungkin pelajar lelaki itu tidak suka berjalan dgn perempuan. biarlah berjalan seperti tidak kenal satu sama lain. tiba di koperasi izan pun membeli topup.
" kak jom g sane" pelawa pelajar tersebut ke arah penjuru bangunan berdekatan mesin bank islam. izan hanya menurut smbil cuba menggores kad topup tersebut.
izan berhenti di tgh2 penjuru bangunan kerana di situ ade beberapa buah kerusi kayu yang sengaja di letakkan di situ. izan duduk smbil menggores kad topup itu. masih sukar kerana tidak di alas.
"akak jom g kt bustop depan tu.. kejap je... depan tu je." izan sudah mula merasa semacam. pelbagai perkara bermain di fikirannya.
"sorry dik akk nk cepat. mmbr da tunggu" izan kembali mencari alasan.
"ala kak, plzz kejap je.." pelajar itu seperti ingin menarik tangan izan. izan segera menepis. sungguh berani pelajar lelaki itu padahal ramai juga pelajar dan pensyarah yang lalu disitu. kebetulan pada ketika itu liana menelefon izan memberitahu bhawa dia dan jannah sudah siap print report itu. izan mula melangkah meninggalkan pelajar itu.
"ok2, akak saya nk tanye ni" lelaki itu kembali bersuara. izan berhenti seketika.
"tanyela, ape dia?"
"erm.. saya takot akak marah"
"xde apelah, tanye je." izan kembali berfikiran positif. itulah sifat izan yang senang percaya kepada org, inikan pula dengan penampilan yang sperti ustad itu.
"akak ade bf?" tanye pelajar itu.
"ade, nape?" jawab izan.
"saya pun ade awek. tp kat indon" izan fikir mungkin pelajar lelaki itu ingin menceritakan perihal masalah percintaannya.

"oo abis tu?" izan kembali menyoal bg mendapatkan kepastian.
"erm.. camni.. saya sebenarnya nak rasa bibir perempuan. awek saya kt indon. boleh x kak. kejap je.. plzz" kelihatan bibir lelaki itu terketar2. agak gelisah keadaannya ketika itu seperti tidak dapat menahan gelora seks yang memuncak.
izan tergamam. tidak pasti apakah yang didengarinya itu betol atau tidak. adakah dia salah dengar.
"ha? minta la ngan awek awk" izan tidak berfikir pnjg teros membalas dgn nada yang agak tinggi.
" awek saya jauh, bolehla kak, saya nk rase bibir akak. kejap je"
izan terkaku. apakah yang harus dilakukan. mahu sja dia menumbuk muka pelajar itu, tetapi memikirkan keadaan org yang agak ramai, dia membatalkan niatnye lalu mengatur langkah seribu menuju ke arah library. liana dan jannah sudah di situ menunggunya. farah juga dalam perjalanan ke library. pelajar lelaki itu trut mengekori izan, masih cuba memujuk.
"akak marah?"
"erm.. agak marahla."
"akak jom g library belah atas 2 kejap.. kejap je" pelajar itu masih tidak berputus asa.
"sorry la akak nk cepat. mmbr da tunggu." izan ingin segera sampai di library. sudah tidak tahan dengan perlakuan pelajar itu.
"xpe kak saya ckp ngan mmbr akak suh tunggu kejap"
"xyahla.!" izan meninggikan suara. bayang jannah dan liana sudah kelihatan. izan segera mempercepatkan langkah ke arah mereka. jannah dan liana hanya memandang dari jauh.
"adik ko ke izan?" tanya jannah.
cepat2 izan menidakkan. tidak rela dia mengaku pelajar lelaki itu sebgai adik. klau betol itu adiknya sudah lama die mengajarnye.
"lama lagi ke kak?" tanye pelajar lelaki itu kepada jannah.
"tak tahula" jannah membalas. mereka masih menunggu farah tiba. izan langsung tidak memandang pelajar itu malah membelakanginya. sambil memberi isyarat kepada jannah dan liana supaya memberitahu mereka ingin cepat. tetapi jannah dan liana tidak faham apa yang ingin disampaikan izan memandangkan keadaan izan yang agak tidak keruan.
pelajar lelaki itu berlalu meninggalkan 3 gadis itu memandang kn kehadirannya tidak diundang di situ. malu barangkali.
setelah pelajar itu hilang dari pandangan izan segera menceritakan apa yang telah berlaku kepada jannah dan liana. mereka juga terkejot smbil memaki2 pelajar itu. farah yang baru tiba juga ingin mengetahui apa yang telah terjadi kerana dia telah ketinggalan cerita hangat itu. sepanjang perjalanan pulang, mulut mereka tidak lekang dari cerita itu. perkataan bibir menjadi perbualan hangat mereka..

moral of the story.: don't judge a book by its cover,. jangan mudah mempercayai org yg tidak dikenali dengan hanya melihat penampilannye,. kepada pelajar2 UiTM jengka sila berhati2 dengan pelajar lelaki itu. shafiq, part 2, course sains.

mood : sumpah cuak gile time 2.. eeeeeeeyerrrrkkk!!! aku bagi lembu atas ni kiss die baru tw. huh!!

2 comments:

'aziemahazam said...

wooo....serius takot ngan budak cam2...giler kot...da la bru kenal...

mawar b3rdur! said...

hahaha.. sem depan berhati2 di jalan raya ye azim.. hehe..

want to see my photo gallery?

want to see my photo gallery?
tekan je gambar atas ni..